23 Jun 2013 - 19:30
Morsi dan Qandi kecam pembunuhan Syiah

Pendakwaraya mula menjalankan siasatan di kampung Giza

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Mesir mengeluarkan kenyataan yang mengecam pembunuhan empat pengikut mazhab Syiah di Giza pada hari Ahad sambil berkata "Negara tidak akan berlembut dengan sesiapapun yang mengganggu keselamatan Mesir atau perpaduan rakyatnya.Morsi and QndilPresiden Mesir, Mohamad Morsi dan Perdana Menteri Hesham Qandil di istana presiden. Gambar: ReuterPejabat presiden turut berkata bahawa agensi-agensi kerajaan yang berkaitan akan menyeret mereka yang melakukan jenayah ini ke muka pengadilan.Kenyataan turut menyatakan bahawa jenayah yang membawa "kematian rakyat Mesir" ini bercanggah dengan "semangat toleransi dan penghormatan sesama warga Mesir."Sebagai tambahan, Perdana Menteri Hesham Qandil juga mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin sambil berkata bahawa insiden tersebut bertentangan dengan semua doktrin agama.Menurut Ahram Online dalam bahasa Arab, Pendakwaraya Mesir telah mengeluarkan waran tangkap terhadap 15 orang tertuduh yang terlibat dalam kejadian hari Ahad lalu.Siasatan juga masih diteruskan manakala para pegawai Mesir tekah melawat tempat kejadian dan mendengar keterangan lebih 20 saksi setakat ini.